Lampu solar terangi sembilan kampung di Teluk Intan

Kor Ming (tengah) bersama Kah Leong (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan basikal dan wang tunai berserta limau mandarin kepada Azmi Yusof yang tinggal di Pasir Bedamar baru-baru ini.
Kor Ming (tengah) bersama Kah Leong (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan basikal dan wang tunai berserta limau mandarin kepada Azmi Yusof yang tinggal di Pasir Bedamar baru-baru ini.
A
A
A

TELUK INTAN - Sebanyak sembilan kampung tradisi di Parlimen Teluk Intan mendapat kemudahan lampu solar dengan peruntukan sebanyak RM210,000.

Setiausaha Sulit Kanan Ahli Parlimen Teluk Intan, Woo Kah Leong berkata, kemudahan lampu solar itu merupakan inisiatif Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming bagi memastikan kampung-kampung di Teluk Intan mendapat manfaat daripada kerajaan.

Menurutnya, sembilan kampung tersebut termasuklah Kampung Batak Rabit, Kampung Selabak, Kampung Sungai Kerawai dan Kampung Bahagia dan beberapa lagi kampung tradisi yang lain.

"Demi memastikan kampung-kampung tradisi ini mendapat manfaat penuh, lampu-lampu tersebut telah mula beroperasi mengikut lokasi yang diperlukan oleh penduduk seperti di kawasan persimpangan jalan raya, berhampiran kemudahan awam dan kawasan perkuburan Islam.

"Kemudahan lampu suria ini merupakan antara usaha dilakukan Kor Ming dan Pakatan Harapan bagi mempromosi dan memperbanyakkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negara,” katanya ketika ditemui selepas Program Bantuan Miskin Asnaf oleh Kor Ming di kawasan Pasir Bedamar di sini baru-baru ini.

Katanya, usaha dilakukan Kor Ming harus dicontohi semua pemimpin dengan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa membezakan agama dan kaum.

Artikel Berkaitan: