Warga emas maut dalam kemalangan

Kemalangan maut di Kilometer 27.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson. -Foto ihsan PDRM
Kemalangan maut di Kilometer 27.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson. -Foto ihsan PDRM
A
A
A

PORT DICKSON - Lelaki warga emas maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 27.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.39 pagi itu, Md Marzuki Md Pilus,65, dari Bandar Sunggala, Port Dickson disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, mangsa memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan dari arah Teluk Kemang menuju ke Seremban.

"Namun sebaik tiba di lokasi, kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum melintang di tengah jalan.

"Sebuah kereta jenis Mercedes yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar kereta dipandu mangsa," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan Md Marzuki dan penumpang wanita tersepit dan dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

"Pemandu dan penumpang kereta Mercedes yang cedera dihantar ke HPD untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: