Caturan politik PH abai suara orang Sarawak

No Image Caption
A
A
A

Percaturan politik tanah air yang sedang berlaku atau apa sahaja pergolakan oleh parti pemerintah di peringkat persekutuan perlulah sentiasa melihat kesan kepada semangat persekutuan itu sendiri.

Kita sudah melihat bagaimana pemerintahan Pakatan Harapan(PH) kini juga tidak menunjukkan perubahan kepada usaha meneguhkan semangat persekutuan.

Sikap menghormati negeri-negeri yang membentuk negara Malaysia ini perlu dikembalikan kerana negara ini bukan dibentuk oleh parti pemerintah persekutuan tetapi ianya hasil daripada keputusan negeri-negeri yang bersetuju untuk bersama.

Percaturan sewenang-wenangnya seperti perebutan peralihan kuasa Perdana Menteri tidak boleh mengetepikan hak Sabah dan Sarawak walaupun kedudukan wilayah kami jauh dari pusat pentadbiran persekutuan. Kerana perubahan ini akan memberi impak bertukarnya polisi serta dasar yang mungkin tidak diminati oleh orang yang menggantikan jawatan tersebut.

Adalah penting untuk Sarawak terus dijaga dan dilindungi haknya oleh kerajaan negeri kerana bahaya yang bakal muncul sekiranya peralihan itu berlaku. Ditambah lagi parti penerangan kerajaan negeri sekarang bukan dari PH yang sudah kita lihat banyak pertembungan implementasi pentadbiran dan politik sejak PH memerintah.

Hak dan suara orang Sarawak juga terpinggir sekian lama termasuk di era pemerintahan PH. Kita seolah-olah hanya rakan yang mampu menonton wayang percaturan yang berlaku di Malaya tanpa mereka merujuk kepada kita di Sarawak dan Sabah apakah rakyat di sini setuju dengan percaturan tersebut terutama peralihan kuasa Perdana Menteri.

Mereka menang majoriti dalam pilihanraya bukan bermakna ianya lesen untuk melakukan apa sahaja kerosakan dan seolah rakyat bersetuju. Maka rakyat Sarawak perlu menilai secara keseluruhan perkara ini dan ini akan membantu kita lebih yakin untuk mempertahankan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

Artikel Berkaitan:


Zharudin Narudin

Ketua Penerangan PAS Sarawak