Koronavirus: Kerajaan Kelantan nasihat masyarakat waspada

Dr Izani (empat dari kanan) bermesra bersama tetamu yang diraikan pada majlis Makan Malam YB Dr Izani Meraikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam dan Ketua Polis Daerah di sini malam tadi.
Dr Izani (empat dari kanan) bermesra bersama tetamu yang diraikan pada majlis Makan Malam YB Dr Izani Meraikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam dan Ketua Polis Daerah di sini malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengambil langkah pencegahan penularan wabak koronavirus menerusi hebahan awal kepada masyarakat supaya berwaspada.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Hussin berkata, ia termasuk juga pemakluman dan perkongsian maklumat berkenaan langkah berjaga-jaga di pintu masuk ke Kelantan.

Dr Izani memberitahu, JKN sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan berkaitan sebarang apa juga kes semasa di Kelantan kepada beliau termasuk juga berkaitan virus yang kini menular di China.

“Selain inisiatif pencegahan yang diambil oleh kerajaan dan JKN, masyarakat juga dinasihatkan untuk mengutamakan kebersihan memandangkan virus tersebut dikatakan berkait rapat dengan makanan eksotik.

“Pencegahan ia tidak boleh lari daripada penjagaan kebersihan diri, makanan dan juga persekitaran. Daya tahan badan yang tinggi juga amat membantu melawan penyakit,” katanya kepada media.

Beliau ditemui pada majlis Makan Malam YB Dr Izani Meraikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam dan Ketua Polis Daerah di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Dr Izani berkata, memandangkan wabak berkenaan boleh berjangkit menerusi udara, masyarakat digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mengurangkan aktiviti luar.

“Sekiranya mengalami demam dan batuk orang ramai juga disarankan segera membuat pemeriksaan di hospital untuk mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Memetik laporan Agensi, China semalam mengesahkan kematian akibat virus korona 2019-nCoV telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 17 orang manakala jumlah jangkitan mencecah 571 kes selepas ia kini merebak di bandar utama lain di seluruh negara.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengesahkan virus tersebut boleh disebarkan antara manusia terutamanya mereka yang berhubungan rapat dengan pesakit.