Minuman keras, mercun bernilai RM330,000 dirampas

Abdul Rahman (dua dari kiri) menunjukkan minuman keras yang dirampas dalam serbuan berasingan.
Abdul Rahman (dua dari kiri) menunjukkan minuman keras yang dirampas dalam serbuan berasingan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) merampas minuman keras dan mercun bernilai kira-kira RM330,000 dalam dua serbuan berasingan di Taman Skudai Baru dan Taman Nusa Jaya Mas.

Komander PPM W2, Asisten Komisioner Abdul Rahman Mohamad berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam.

"Dalam serbuan pertama di Taman Skudai Baru kira-kira jam 6 petang, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai penjaga stor telah ditahan dan 93 kotak minuman keras pelbagai jenis dan 307 paket mercun yang dianggarkan bernilai RM220,000 dirampas.

"Hasil soal siasat lanjut ke atas suspek, pasukan serbuan berjaya mengesan sebuah lagi lokasi penyimpanan di Taman Nusa Jaya Mas kira-kira jam 4 pagi tadi dan menemui 57 kotak minuman keras pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM110,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua barangan dibawa ke Markas PPM W2 Tampoi untuk tindakan selanjutnya sementara kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957.

"Kami percaya sindiket tersebut menggunakan modus operandi dengan mengambil kesempatan perayaan Tahun Baru Cina untuk memasarkan minuman keras tidak lulus kastam dan menjual mercun tanpa permit," katanya.

Artikel Berkaitan: