Mayat bayi ditemui depan kubur

Mayat bayi lelaki yang dibungkus dengan beg plastik hitam ditemui di hadapan tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Tua malam tadi.
Mayat bayi lelaki yang dibungkus dengan beg plastik hitam ditemui di hadapan tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Tua malam tadi.
A
A
A

GOMBAK - Mayat seorang bayi lelaki ditemui di hadapan tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Tua di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menerima panggilan orang awam memaklumkan perkara itu kira- kira jam 9.30 malam.

"Siasatan mendapati mayat bayi yang masih mempunyai uri itu dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan dibalut kain.

"Dianggarkan bayi yang cukup sifat itu berusia sekitar dua hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Nur Atiqah Zulkefli di talian 014-5335538 atau 03-66126222," katanya.

Artikel Berkaitan: