Mangsa banjir di Alor Gajah kekal 262 orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
MELAKA - Jumlah mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Alor Gajah dekat sini kekal 262 orang daripada 72 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.

"Kejadian banjir di kawasan terbabit dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan selama empat jam dari 1.30 pagi, Isnin lepas," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata keadaan cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan baik.

Semalam, Bernama melaporkan banjir di kawasan terbabit belum surut disebabkan faktor tanah lembap dipercayai berpunca daripada hujan yang kembali turun awal pagi semalam selain kedudukan kediaman penduduk terletak di kawasan rendah.- Bernama
Artikel Berkaitan: