X

Kindly register in order to view this article
!

Selamba main PS4 pada skrin maklumat lapangan terbang

Perbuatan lelaki tersebut turut dirakamkan seorang pengguna Twitter.
A
A

SAN FRANCISCO - Seorang lelaki ditahan ketika sedang khusyuk bermain permainan video popular battle royale, Apex Legends pada monitor maklumat di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat.

Portal berita techspot.com melaporkan, kejadian itu berlaku pada jam 4.30 pagi (waktu tempatan) pada 16 Januari lalu.

Lelaki terbabit dengan selamba bermain permainan video tersebut sebelum perbuatannya disedari pegawai di premis tersebut.

Kejadian itu turut dikongsi pengguna Twitter, Stefan Dietz yang berkongsi gambar bersama kapsyen, 'lelaki ini memasang permainan videonya pada salah satu monitor di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland di Oregon.'

Tweet tersebut turut dikongsi lebih 1,000 kali dan menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

"Persoalannya kini bagaimana dia boleh bermain permainan secara atas talian walaupun sambungan wi-fi tidak begitu baik. Saya tidak percaya dia boleh fikir ia sebagai satu idea yang bijak," kata seorang pengguna.

Sementara itu, jurucakap premis tersebut, Kama Simonds berkata, penumpang terbabit memasang Playstation 4 miliknya pada monitor yang memaparkan peta di lapangan terbabit.

"Sudah pasti kami tidak mahu perkara seperti ini berlaku kerana penumpang memerlukan maklumat yang dipaparkan untuk mereka. Kejadian ini adalah peringatan yang baik supaya kita tidak melakukan perkara tidak sepatutnya di lapangan terbang," katanya. - Agensi