Kereta terbabas masuk parit curi tumpuan netizen

Gambar kereta terbabas ke dalam parit di Jalan Keretapi Lama mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial Facebook.
Gambar kereta terbabas ke dalam parit di Jalan Keretapi Lama mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial Facebook.
A
A
A

KAPAR – Tular di laman sosial kemalangan melibatkan kereta Proton X70 yang terbabas ke dalam parit di Jalan Keretapi Lama menghala ke Tok Muda, di sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta berkenaan cuba mengelak kereta lain yang keluar dari simpang. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Gambar dimuat naik menerusi Facebook, Info Roadblock JPJ/ Polis itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook menjadikan kemalangan itu sebagai bahan lawak.

“Hi Proton, bring me home”... Proton lupa update map,.. masih map China.. tu yang bawa masuk parit tu.. (Hi Proton, bawa saya pulang ke rumah... Proton lupa nak kemas kini peta, masih (guna) peta China...

Bagi seorang lagi pengguna Facebook, Syukur Rapidin berharap agar urusan mangsa kemalangan dipermudahkan.

“Kepada yang gembira tu, mungkin sebab bukan kena pada diri atau keluarga anda...kalau kena pada diri sendiri, saat itu baru anda tahu perasaan kena gelak di saat anda kena musibah,” katanya.

Seorang pengguna Facebook, Assalamualaikum Norrina mendakwa, kes kemalangan banyak berlaku di kawasan berkenaan disebabkan jalan tidak rata selain terdapat simpang di laluan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ada kalangan netizen mendakwa, penggunaan arahan suara yang ada pada Proton X70 membahayakan pemandu.

“Kepada pengguna X70, jangan sesekali menggunakan ‘voice command’ ketika memandu. Kalau tak berfungsi, naye je,” tulis Abdul Rahman.

Bagi Mem Bangau berharap agar pemilik kenderaan tabah menghadapi dugaan itu.

“Kereta Proton X70 bahaya gak (juga) terlampau canggih ni kan, apa pun bertabah la pada pemilik kenderaan, moga semua baik-baik saja,” katanya.