AirAsia batal penerbangan ke Wuhan

AirAsia membatalkan penerbangan ke Wilayah Wuhan, China sehingga 28 Januari ini.
AirAsia membatalkan penerbangan ke Wilayah Wuhan, China sehingga 28 Januari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Berikutan wabak jangkitan 2019 Novel Coronavirus (koronavirus) melanda Wilayah Wuhan, China, AirAsia mengumumkan pembatalan penerbangan dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke wilayah itu sehingga 28 Januari ini.

Dalam kenyataannya hari ini, AirAsia berkata, langkah itu diambil selepas mengikut nasihat dan peraturan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan dan global, termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

"Penumpang AirAsia yang kini berada di Wuhan perlu mematuhi pengumuman kerajaan China dan perlu berhubung dengan kedutaan masing-masing di negara berkenaan," katanya.

Menurutnya, bagi pelanggan yang ingin membuat pertukaran perjalanan, mereka dibenar memilih untuk menukar mana-mana laluan dari China ke Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket tanpa sebarang kos tambahan bergantung kepada kekosongan tempat duduk.

Syarikat itu juga berkata, penumpang boleh mengekalkan harga tiket dalam akaun AirAsia BIG Loyalty untuk perjalanan akan datang dan boleh ditukar untuk tempahan dalam tempoh 90 hari.

"Ia juga tertakluk untuk semua penerbangan sehingga 29 Januari," katanya.

Katanya, pelanggan turut dibenar mendapatkan pulangan bayaran penuh sekiranya enggan dengan pilihan tersebut.

"Pilihan ini tertakluk untuk penerbangan sehingga 15 Februari 2020 dan penerbangan balik dari 16 hingga 29 Februari 2020," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: China akui koronavirus mudah berjangkit