Remaja perempuan ditahan buat IG 'live' cabul budak lelaki

Perry didakwa atas tujuh pertuduhan serangan seksual tahap satu, 20 pertuduhan penderaan seksual dan satu pertuduhan pornografi.
Perry didakwa atas tujuh pertuduhan serangan seksual tahap satu, 20 pertuduhan penderaan seksual dan satu pertuduhan pornografi.
A
A
A

LOUISIANA - Seorang remaja perempuan ditahan polis selepas berkongsi video secara langsung dirinya sedang melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di Instagram baru-baru ini.

Remaja tersebut, Lakien Perry, 18, ditahan atas kesalahan melakukan penyebaran video perbuatan tidak senonoh itu, 17 Januari lalu, lapor Metro.co.uk menurut sumber.

Perry juga dilaporkan berkongsi video mencabul budak lelaki itu dengan menggunakan akaun Instagram berbeza bulan lalu.

Bahan lucah itu terdiri daripada gambar dan beberapa video lain perbuatan Perry mencabul budak lelaki lain dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, pemilik akaun yang menerima bahan lucah tersebut melaporkan kejadian tidak bermoral itu kepada polis dan video tersebut kini dalam siasatan.

Polis turut tidak mendedahkan maklumat bagaimana Perry mengenali semua mangsanya.

Perry didakwa atas tujuh pertuduhan serangan seksual tahap satu, 20 pertuduhan penderaan seksual dan satu pertuduhan pornografi melibatkan remaja.

Artikel Berkaitan: