Armada Kelantan mahu pengerusi, setiausaha luar mukim letak jawatan

(Gambar kecil: Asran)
(Gambar kecil: Asran)
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menggesa Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) yang menetap di luar mukim masing-masing melepaskan jawatan.

Ketua Armada Kelantan, Asran Alias berkata, secara dasarnya, Pakatan Harapan (PH) Kelantan telah bersetuju dengan beberapa kriteria dibincangkan termasuk mereka yang dilantik sebagai pemimpin di sesuatu kawasan itu mestilah menetap di mukim atau kampung berkenaan.

"Mereka juga mestilah dibahagi mengikut kuota parti. Sekiranya syarat kuota parti tidak dapat dipenuhi, maka parti komponen peringkat mukim hendaklah memilih calon berkelayakan di mukim tersebut walaupun bukan mengikut kuota parti yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilihan jawatankuasa Bersatu bermula 25 Januari ini

Menurutnya, pelanggaran syarat tersebut akan memberikan kesan kepada penduduk mukim dan kampung untuk berurusan disebabkan pengerusi dan setiausaha MPKKP tidak menetap di kawasan itu.

Dalam masa sama katanya, ia juga melanggar prinsip penubuhan MPKKP iaitu memberi kesejahteraan kepada penduduk.

"Oleh sebab itu, saya mendesak kepada semua yang terlibat meletakkan jawatan serta-merta, dengan rasa jujur dan ikhlas untuk kebaikan rakyat di mukim tersebut, bukannya kepentingan individu. Pelantikan ini dipilih di peringkat Parlimen.

"Bagaimanapun, kami tetap merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Rina Harun atas usaha dilakukan melibatkan MPKKP ini," katanya.

Artikel Berkaitan: