X

Kindly register in order to view this article
!

'Kenaikan kuota haji Malaysia belum mencukupi'

Laporan Sinar Harian berhubung kuota haji rakyat Malaysia yang meningkat kepada 31,600 orang tahun ini.
A
A

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham menyifatkan pengumuman kenaikan kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi masih belum mencukupi bagi menampung jumlah senarai menunggu untuk menunaikan ibadat haji.

Menurutnya, jumlah tersebut dilihat masih sedikit jika berdasarkan kepada 0.01 peratus jumlah penduduk di Malaysia dengan populasi seramai 30 juta orang.

“Jumlah tambahan kuota jemaah haji ini adalah standard bagi mana-mana negara mengikut penduduk mereka dan kalau boleh, sudah tentu kita mahukan peningkatan yang lebih daripada ini.

“Walaupun kita mendapat tambahan seramai 1,400 orang, namun jumlah tersebut masih kecil kerana mereka yang mahu menunaikan Rukun Islam kelima itu semakin meningkat setiap tahun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang mengumumkan kuota rasmi haji untuk Malaysia bagi tahun ini meningkat kepada seramai 31,600 orang berbanding seramai 30,200 jemaah pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuota haji Malaysia meningkat kepada 31,600