Kambing muka pelik disembah sebagai 'avatar Tuhan'

Rakaman kambing berwajah pelik di India turut dikongsi pemiliknya pada awal minggu lalu.
Rakaman kambing berwajah pelik di India turut dikongsi pemiliknya pada awal minggu lalu.
A
A
A

NEW DELHI - Gara-gara dilahirkan dengan muka pelik, seekor kambing di India yang mengalami mutasi disembah sebagai ‘avatar Tuhan’.

Kelahiran anak kambing yang turut mempunyai mulut dan mata seperti manusia itu berlaku di perkampungan Nimodia di pinggir Jaipur, Rajashtan.

Pemiliknya, Mukeshji Prajapap turut berkongsi rakaman video kambing aneh tersebut pada awal minggu lalu.

Dari sudut perubatan, kambing tersebut mungkin mengalami wajah seperti itu akibat kecacatan kongenital yang digelar cyclopia yang menyebabkan sebelah mata terbentuk pada dahi.

Menerusi laporan Live Science, kecacatan seperti itu berlaku ketika perkembangan janin apabila otak gagal untuk dibahagikan kepada dua bahagian.

Ia akan menyebabkan haiwan tersebut hanya mempunyai satu telinga, pembentukan hidung dan kelopak mata tidak sempurna dan gigi lebih kecil.

Kambing sering dianggap sebagai haiwan suci di India walaupun penganut Hindu menamakan lembu, monyet, ular, gajah dan harimau dalam golongan tersebut.

Pada 2017, media tempatan pernah melaporkan tentang kelahiran seekor kambing yang mempunyai struktur wajah seperti manusia. - Agensi

Artikel Berkaitan: