Greece lantik presiden wanita pertama

Ekaterini Sakellaropoulou. - Foto AFP
Ekaterini Sakellaropoulou. - Foto AFP
A
A
A

ATHENS - Parlimen Greece mengangkat hakim kanan dengan kepakaran dalam undang-undang alam sekitar dan perlembagaan sebagai presiden wanita pertama negara itu semalam.

Ketua Parlimen, Costas Tassoulas berkata, Ekaterini Sakellaropoulou, 63, dipilih selepas undian majoriti 261 daripada 300 anggota Parlimen memihak kepadanya.

"Sakellaropoulou akan mengangkat sumpah pada 13 Mac depan," katanya.

Sakellaropoulou yang berasal dari bandar utara Xanthi juga merupakan wanita pertama yang mengetuai Majlis Negara, mahkamah pentadbiran tertinggi di Greece.

Anak perempuan kepada Hakim Mahkamah Agung itu menamatkan pengajian pasca siswazahnya di Universiti Sorbonne, Paris.

Sebelum ini, Sakellaropoulou banyak menulis tentang perlindungan alam sekitar dan mempengerusikan aktiviti masyarakat berkaitan undang-undang alam sekitar. - Agensi

Artikel Berkaitan: