Polis kesan lelaki menyamar kontraktor TNB

Gambar lelaki yang dipercayai menyamar sebagai kontraktor TNB tular di media sosial.
Gambar lelaki yang dipercayai menyamar sebagai kontraktor TNB tular di media sosial.
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki didakwa menyamar sebagai kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau kontraktor bangunan bagi memperdayakan mangsa serta mencuri barangan berharga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sehingga kini pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kes terbabit.

Menurutnya, berdasarkan modus operandi, suspek berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an dan badan sederhana itu menyasarkan premis yang difikirkannya selamat untuk menjalankan aktiviti jenayah.

"Suspek minta kebenaran daripada kakitangan premis berkenaan untuk memeriksa meter TNB atau bangunan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, suspek juga meminta kakitangan premis untuk menutup meter elektrik dan menyuruh mereka keluar semasa proses pemeriksaan dilaksanakan bertujuan untuk menggeledah premis dan mencuri barangan berharga serta wang tunai dari premis berkenaan.

Menurutnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai kontraktor TNB dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222," katanya.

Artikel Berkaitan: