Terserempak penjenayah depan rumah

Kereta yang dinaiki suspek melanggar kereta mangsa untuk melarikan diri.
Kereta yang dinaiki suspek melanggar kereta mangsa untuk melarikan diri.
A
A
A

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila terserempak dengan dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Damansara Jaya, di sini semalam.

Video berdurasi 45 saat yang memaparkan kejadian itu tular sejak semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang selepas pasangan tersebut dikatakan baru tiba di perkarangan rumah rumah selepas membeli barangan untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina.

Pasangan berkenaan terkejut apabila melihat sebuah kereta lain berada di tempat letak kenderaan di kediaman mereka.

Video berkenaan turut memaparkan dua lelaki kemudiannya menaiki kereta dan melanggar kenderaan mangsa.

Suspek turut melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk wang tunai dan mata wang asing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Polis kini sedang menjejaki suspek dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: