X

Kindly register in order to view this article
!

Selepas Mercedes, rakyat persoal Exco Kelantan dapat RM50,000

Belum habis isu pembelian Mercedes Benz, Exco kerajaan negeri kini mula dipersoalkan dengan isu bonus RM50,000.
A
A

KOTA BHARU - Belum habis isu pembelian Mercedes Benz yang mendapat pelbagai kritikan, Exco kerajaan negeri kini mula dipersoalkan dengan isu bonus RM50,000.

Bukan sahaja kakitangan kerajaan akan menerima bonus RM1,000, malah Exco juga didakwa akan mendapat 'bonus' mereka pada minggu kedua bulan ini.

Berita tersebut rata-rata mengejutkan ramai pihak dan masing-masing terutama pengguna alam maya mengambil peluang 'menghentam' kerajaan negeri di laman sosial.

Masing-masing mengutarakan rasa kecewa apabila kerajaan Kelantan dilihat 'berduit' sedangkan rakyat di peringkat akar umbi masih dibebani dengan kos sara hidup.

Malah ada yang mempertikaikan tugas dan tanggungjawab dilakukan Exco sehingga layak diberikan wang sebanyak itu setiap seorang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melalui laporan Malaysiakini mengesahkan mengenai berita tersebut, namun ia bukanlah bonus sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya ia adalah pemberian khas.

Beliau turut menafikan wang tersebut berkait dengan peruntukan khas oleh kerajaan Persekutuan berjumlah RM400 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Usaha Sinar Harian mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri masih gagal dan salah seorang Exco Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang ditemui semalam juga enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus