Pemilihan Ramli tepati cita rasa rakyat

Fadzli Mohd Kamal
Fadzli Mohd Kamal
A
A
A

KUANTAN - Pemuda Umno Pahang menyambut baik keputusan pelantikan pesara polis, Ramli Mohd Noor sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK, 26 Januari ini.

Kepimpinan BN terutamanya Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dikatakan memilih calon yang tepat dan menepati cita rasa masyarakat setempat dan kehendak daripada akar umbi.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Pahang, Fadzli Mohd Kamal berkata, ini juga membuktikan kepimpinan parti membuat penilaian yang betul dan teliti sebelum menentukan calon bagi PRK Parlimen Cameron Highlands.

“Saya yakin pemilihan Ramli oleh kepimpinan turut mengambil kira denyutan nadi rakyat Cameron Highlands dan ini satu pilihan yang paling tepat dan parti komponen, MIC berjiwa besar kerana sanggup memberi ruang kepada Umno membuat pilihan.

“Umno juga berjiwa besar tidak memilih calon dalam kalangan ahli parti sendiri malah memilih orang luar daripada Umno dan ternyata ini kehendak rakyat yang calon tidak semestinya berlatar belakang parti namun layak untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman bekas Penolong Persuruhjaya Polis, Assistant Komisioner Ramli Md Noor, 63, sebagai calon BN untuk PRK Parlimen Cameron Highlands.

Menurutnya, selain mempunyai pengalaman luas dalam kerjaya sebagai seorang pegawai kanan polis, Ramli yang juga anak kelahiran Orang Asli kaum Semai terkenal dalam kalangan orang Asli di Dun Jelai.

“Ramli juga mempunyai pendidikan tahap tinggi dalam pentadbiran awam selain aktif dalam bidang sukarelawan terutama berkaitan Orang Osli.

Artikel Berkaitan:

“Kita yakin beliau (Ramli) bukan sahaja mampu menambat hati 22 peratus orang Asli di Parlimen Cameron Highlands tetapi mampu menarik pengundi dalam kalangan orang Melayu, Cina dan India,” katanya.