'Lucutkan jawatan menteri DAP yang bersifat rasis'

Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menggesa agar mana-mana pemimpin DAP yang bersifat rasis, tidak menghormati Perlembagaan dan sejarah negara dilucutkan serta-merta jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, parti itu dilihat semakin menjadi beban terbesar kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sedang bergolak dengan pelbagai isu berpunca daripada sifat tamak ingin menguasai Malaysia.

"Isu sensitiviti agama, kedaulatan bahasa Melayu, bendera Malaysia, anti tulisan jawi dan mempromosikan ideologi Komunis, desakan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT), ICERD, Statut Rom dan pelbagai lagi tindakan, menjadi bukti kukuh dan jelas bahawa DAP semakin lancang di dalam merobek Perlembagaan negara.

"Golongan Melayu juga secara lantang dan terbuka memperkatakan cubaan DAP dalam melemahkan kepentingan orang Melayu. Perkara-perkara ini menjadi sebab utama ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan PH mula merasakan bahawa DAP adalah punca terbesar masalah PH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamaruzaman berkata, bukan sesuatu yang menghairankan juga apabila DAP cuba mencabul sedikit demi sedikit Perlembagaan Malaysia sama ada melalui pemimpin atau NGO yang bernaung di bawah mereka.

"DAP juga dilihat menjadi faktor penolakan rakyat yang mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di mana pengundi ini telah beralih arah kepada pembangkang dan ini dibuktikan dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan: