X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek pandu Perodua Bezza lawan arus ditahan

Rakaman video kereta dipandu suspek melawan arus.
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki disyaki memandu secara melawan arus di lorong laju Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Plaza Tol Port Dickson dengan Plaza Tol Seremban dalam kejadian Sabtu lalu ditahan polis malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.

"Suspek ditahan susulan tular satu video berdurasi dua minit 44 saat dalam aplikasi WhatsApp yang menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna hitam yang dipandu secara melawan arah.

“Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi pada 18 Januari lalu yang mana suspek disyaki melalui PLUS menuju ke arah utara secara melawan arus," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Menurutnya, suspek kemudian telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban untuk siasatan lanjut.

Ibrahim berkata, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek adalah negatif dadah dan alkohol.

"Dia kini direman tiga hari bermula hari ini dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM 5,000 dan tidak lebih dari RM159,000," katanya.