Mahkamah tolak rayuan kes keganasan

mahkamah
mahkamah
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini menolak rayuan seorang pembantu gerai makanan bagi mengurangkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhi ke atasnya selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan berkaitan keganasan.

Azizi Abdullah, 21, yang memakai pakaian Timbalan penjara berwarna biru merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan hukuman sambil menyatakan sokongannya kepada keganasan hanyalah melalui laman web media sosial.

Dia yang mewakili dirinya sendiri memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana anggota Islamic State (IS) atau menjadi anggota kumpulan itu untuk menyertai aktiviti keganasdan atau berhasrat untuk melawat ke negara itu.

Timbalan pendakwa raya Mohd Zain Ibrahim bagaimanapun berkata hukuman penjara ke atas Azizi adalah wajar kerana kesalahan yang dilakukannnya melibatkan ancaman terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Stephen Chung Hian Guan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan tidak memihak kepada rayuan Azizi.

Hakim Umi Kalthum, yang mengetuai panel itu berkata, mahkamah dengan sebulat suara menolak rayuan Azizi dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 13 tahun ke atas Azizi.

Azizi telah mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara pada 25 April, tahun lepas.

Dia dijatuhi hukuman penjara 13 tahun atas pertuduhan pertama menyokong keganasan, melibatkan penggunaan bahan peledak dengan tujuan untuk mengembangkan ideologi dan mengancam ketenteraman awam melalui aplikasi dalam telefon bimbitnya yang dilakukannya di Kg Baru Lubok Buntar, Serdang, Bandar Baru, Kedah antara 25 Mac, 2016 dan 29 Jun, 2016.

Artikel Berkaitan:

Azizi dihukum penjara empat tahun lagi kerana memiliki bafrang-barang berkaitan Islamic State (IS) dan dijatuhi penjara empat tahun lagi kerana memiliki imej-imej berkaitan IS dalam telefon bimbitnya kira-kira 12 tengah hari pada 29 Jun, 2016.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh Azizi ditangkap pada 29 Jun, 2016.

Turut mewakili pihak pendakwaan ialah timbalan pendakwa raya DPP Muhammad Azmi Mashud. - Bernama