X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuzik Lok-U meninggal dunia selepas joging

Faizal Uzir atau Lok-U meninggal dunia. - Foto Facebook Lok-U
A
A

PENGARAH muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U meninggal dunia sekitar jam 10 pagi tadi.

Menerusi laporan Astro Awani, Allahyarham Lok-U yang berusia sekitar 40-an difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjoging.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Lok-u meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Sehingga jam 11.45 pagi tadi, berita pemergian mengejut Allahyarham Lok-U mula dikongsi oleh penggiat muzik tanah air.

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!