X

Kindly register in order to view this article
!

JKM cari waris Aryaan Reezqin

Aryaan Reezqin
A
A

NIBONG TEBAL - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sedang mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia yang ditinggalkan kepada pengasuh sejak berusia tiga bulan pada Oktober 2015.

Kanak-kanak lelaki yang diberi nama Aryaan Reezqin kini berusia 4 tahun ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh lelaki yang mengaku bapa kandungnya di rumah pengasuh di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat di sini.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Kanan Daerah SPS, Mohamad Rezal Abdul Majid berkata, pelbagai usaha telah dibuat oleh pengasuh untuk mencari keluarga kandung kanak-kanak terbabit namun sehingga kini masih tidak dapat dikesan.

Menurutnya, pada 28 Disember 2018, kanak-kanak berkenaan telah diserahkan oleh pengasuh kepada pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Rohayati Usop dan Azizan Teh untuk dijadikan anak angkat kerana mereka sudah tidak mampu menjaga kanak-kanak tersebut.

"Bagi menguruskan permohonan daftar lewat kelahiran kanak-kanak ini, keluarga kandungnya perlu tampil berhubung dengan JKM daerah SPS untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak berkenaan diminta tampil menyalurkan maklumat atau menghubungi Pelindung Kanak-Kanak JKM daerah SPS di talian 04-5822169," katanya.