X

Kindly register in order to view this article
!

'Terima kasih abang polis!'

Paparan Facebook Wan Syaiful.
A
A

KOTA BHARU - Keprihatinan anggota polis trafik membeli makanan dan minuman buat pemandu lori terkandas di Jalan Bayam di sini mendapat pujian dari orang ramai.

Menerusi pelayar Facebook Wan Syaiful, tindakan anggota itu membuka mata masyarakat kerana tanggungjawab polis bukan sahaja membanteras jenayah sebaliknya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Terharu dengan abang polis ni. Mula-mula berhenti tanya apa masalah. Kita habaq lori rosak. Siap tanya, dah makan ka dak lagi?

"Lepas tu ingatkan abang polis datang kali kedua sebab apa plak. Rupanya tolong belikan nasi dan air minum. Terima kasih abang polis!," katanya.

Dia juga memberitahu, sebelum ini terdapat juga anggota polis membantu memberi makanan dan minuman.

"Ini kes kedua abang polis bantu beri makan dan minum. Selalunya kita fikir abang polis ni jahat, tak semua macam tu, mereka pun manusia sama seperti kita. Mereka kena bersikap tegas agar sesuai dengan pekerjaan mereka.

"Abang-abang lori dan bas yang ada di sini. Minta tolong doakan abang polis ni. Semoga ALLAH menerima segala amal baiknya, semoga dipermudahkan rezeki dan urusan dunia akhiratnya.

"Kerana dia memberi makan pada orang yang memerlukan, semoga menjadi asbab untuk dia mendapat perlindungan Arasy di masyar nanti kerana sifat sedekahnya. Dan semoga dia serta ahli keluarganya di masukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Amin ya Rabbal Alamin," tulisnya.

Polis membeli air dan makanan buat pemandu lori terkandas di Jalan Bayam di sini.
Polis membeli air dan makanan buat pemandu lori terkandas di Jalan Bayam di sini.

Menyifatkan tindakan anggota itu adalah sikap yang mulia, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka dibantu oleh polis ketika mengalami kesusahan.

"Pernah dibantu polis, ketika itu minyak motosikal habis, terpaksa tolak. Ditegur oleh peronda polis, mereka bantu dengan belikan minyak dan tak ambil duit langsung," kata Haikal.

Che Amry berkata, "Semua polis sama, ada nafsu dan akal fikiran, boleh sahaja untuk bertolak ansur, sifat manusia itu yang membezakan individu. Jadinya buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sesekali."

Kata Rosmalizainiey Jusoh, "Terbaik la abam polis, PDRM bangga kerana mempunyai anggota seperti ini."

Tambah Mohamad Sazaly Abu Bakar berharap tindakan anggota polis dijadikan contoh buat masyarakat pada hari ini.

"Alhamdulillah, semoga tindakan abang polis ini menjadi ikutan sesiapa sahaja termasuk diri sendiri supaya menjadi orang yang sedia membantu sesiapa sahaja tanpa mengira sesiapa sahaja dan di mana sahaja... semoga abang polis ini dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan panjang umurnya," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!