NJOI tawar pelbagai program menarik

Program Dansa Dan Sing semakin mendapat perhatian di Astro Ria.
Program Dansa Dan Sing semakin mendapat perhatian di Astro Ria.
A
A
A

NJOI, servis TV satelit percuma daripada Astro yang mengandungi pelbagai program digital hiburan, pembelajaran dan informasi tanpa yuran bulanan dan tanpa kontrak.

Bagi anda yang memilih servis NJOI, jangan bimbang kerana anda boleh menikmati program kegemaran anda tanpa komitmen atau kontrak.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan NJOI juga didatangkan dengan 49 saluran percuma. Melalui bayaran kali pertama, anda akan mendapat 29 saluran TV dan 20 saluran radio.

Jika anda ingin menonton lebih, hanya beli apa yang anda mahu tonton dan tonton pada bila-bila masa yang anda mahukan dengan pilihan lebih 50 saluran prabayar popular.

Saluran prabayar pula didatangkan dengan pakej 3 hari, 7 hari, 15 hari, 30 hari dan 90 hari, bermula daripada RM7.

Melalui NJOI, antara program hiburan yang boleh anda tonton ialah program-program di Astro Ria dan Astro Warna.

Program terbaharu sempena tahun 2020 ialah Dansa Dan Sing yang sudah pun memulakan siarannya sejak 5 Januari lalu sehingga 23 Februari ini, setiap Ahad jam 9 malam.

Artikel Berkaitan:

Peminat dunia komedi? Sepahtu Reunion kembali mewarnai hari anda.
Peminat dunia komedi? Sepahtu Reunion kembali mewarnai hari anda.

Manakala Sepahtu Reunion kembali mewarnai hari anda di Astro Warna sejak 17 Januari dan akan menemui peminat setianya sehingga 17 April, setiap Jumaat, jam 9 malam.

Bukan itu sahaja, pelbagai program kanak-kanak dapat ditonton menerusi Astro Ceria, Disney Channel, Disney XD, Kids Pack.

Program terbaharu untuk kanak-kanak di Astro Ceria, Hello Pinkfong yang mendapat sambutan hangat, disiarkan setiap Sabtu jam 10 pagi.

Program yang mendapat sambutan hangat di Astro Ceria, Helo Pinkfong.
Program yang mendapat sambutan hangat di Astro Ceria, Helo Pinkfong.

Mahukan berita? Anda boleh menonton saluran berita menerusi Astro Awani dan sukan di Astro Supersports 1, 2, 3 dan 4.

Bagi peminat program menarik dan drama Korea, pilih saluran tvN dan saksikan drama Money Game (setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.45 malam) serta The Game: Towards Zero bermula 23 Januari (setiap Khamis hingga Jumaat, jam 7.50 malam).

Lim Ju-hwan membawakan watak sebagai Goo Do Kyung dalam The Game: Towards Zero.
Lim Ju-hwan membawakan watak sebagai Goo Do Kyung dalam The Game: Towards Zero.

Tidak sempat menonton filem di pawagam? Jangan bimbang. Tonton filem Pusaka di Astro First dan Rocketman di Astro Best.

Apa yang penting, anda hanya perlu pilih apa yang anda mahu tanpa terikat dengan apa-apa komitmen. Untuk keterangan lanjut, layari www.njoi.com.my.

Money Game di tvN.
Money Game di tvN.