X

Kindly register in order to view this article
!

Virus korona: Johor tingkat saringan, pantau kemasukan pelawat dari China

Aminolhuda (kanan) dan Cai Tung (dua dari kanan) melihat alat pengimbas suhu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini hari ini.
A
A

KULAI - Kerajaan negeri Johor memandang serius penyebaran virus korona dengan mengambil langkah pencegahan di 12 laluan pintu masuk ke negeri itu walaupun tiada kes dikesan di negeri itu.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, selain mengimbas suhu badan pelawat terutama dari China dan rakyat negeri ini yang baru pulang dari negara terbabit, saringan kesihatan turut dilakukan kepada mereka yang merekodkan suhu badan tinggi.

"Johor mempunyai penerbangan terus dari Guongzhau, China. Oleh itu mereka yang masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan dipantau dengan mengimbas suhu badan mereka," katanya.

Beliau berkata, penumpang penerbangan akan dimaklumkan dalam penerbangan bahawa mereka perlu membuat laporan jika mengalami demam.

"Apabila melalui saringan di lapangan terbang, jika suhu badan tinggi melebihi 38 darjah celcius akan terus dimaklumkan kepada pegawai Jabatan Kesihatan yang bertugas di situ," katanya selepas meninjau proses imbasan haba susulan wabak virus korona di Wuhan, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pelancongan Wanita negeri, Liow Cai Tung.

Dalam pada itu, Cai Tung berkata, Jabatan Kesihatan telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ( Motac) bagi membincangkan kaedah menguruskan pelawat dari China ketika berlaku penyebaran wabak virus tersebut.

Jelasnya, kerjasama turut dirangka bersama Persatuan Pelancongan China Malaysia bagi memberi panduan kepada pemandu pelancong mengenai langkah yang perlu diambil berkaitan wabak virus korona.

Difahamkan, wabak korona mula dikesan di Wuhan, China sekitar Disember tahun lalu.

Sehingga kini sebanyak 205 kes telah disahkan dijangkiti wabak tersebut dengan kematian dilaporkan di seluruh dunia melibatkan empat negara iaitu China (201), Thailand (2), Korea (1) dan Jepun ( 1).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus