Penyelia butik warga Pakistan didakwa cabul pekerja

Sarwar Nadeem mengaku tidak bersalah mencabul pekerja wanitanya di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Sarwar Nadeem mengaku tidak bersalah mencabul pekerja wanitanya di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penyelia butik warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul seorang pekerja wanitanya.

Sarwar Nadeem, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 20-an di dalam sebuah kereta kira-kira jam 4 petang pada 13 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen serta lantikan peguam selain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pembantu butik pakaian di bandar raya di sini mendakwa dicabul majikannya semasa dalam perjalanan keluar makan tengah hari.

Sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 2 petang, suspek yang juga seorang warga Pakistan berusia 30-an didakwa mengajak wanita tersebut keluar makan bersama.

Artikel Berkaitan: