Suami tak balik, rupanya mati dalam kebun

Mangsa hilang ditemui meninggal dunia dalam kebun di Kampung Bukit Sebelah, Weng, Baling, malam tadi.
Mangsa hilang ditemui meninggal dunia dalam kebun di Kampung Bukit Sebelah, Weng, Baling, malam tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Tanda tanya berhubung kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumahnya terjawab apabila dia ditemui meninggal dunia dalam kebun di Kampung Bukit Sebelah, Weng, Baling malam tadi.

Ahli keluarga mangsa, Rosli Wahab,49, membuat laporan kehilangannya pada jam 9.30 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, isteri mangsa memaklumkan bahawa suaminya tidak pulang ke rumah selepas keluar jam 5 petang.

Menurut beliau susulan itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam untuk mencari mangsa.

"Mangsa ditemui tidak sedarkan diri kira-kira 1 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. Operasi dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan dan penduduk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bomba menggunakan pengusung untuk membawa mangsa ke kaki bukit tetapi disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: