Pegawai mohon maaf siar gambar penduduk berbaju tidur

Gambar salah seorang penduduk yang memakai baju tidur disiarkan lengkap dengan nama, kad pengenalan dan maklumat lain, - Foto Agensi
Gambar salah seorang penduduk yang memakai baju tidur disiarkan lengkap dengan nama, kad pengenalan dan maklumat lain, - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Pegawai di bandar Suzhou, dekat wilayah Anhui, China memohon maaf kerana mengeluarkan gambar tujuh individu yang memakai pakaian tidur mereka dan menganggap ia sebagai tingkah laku yang tidak bertamadun.

Sindiran dalam talian itu dirakam kamera pengawasan termasuk nama individu, kad pengenalan serta maklumat lain dan dikeluarkan oleh biro pengurusan bandar semalam.

Pihak berkuasa berkata, bandar tersebut akan menyertai pertandingan bandar bertamadun dan penduduk dilarang memakai baju tidur di depan umum.

Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan gambar berkenaan mengundang kemarahan pengguna media sosial yang menegaskan kerajaan telah melanggar privasi penduduk dan memakai baju tidur di khalayak ramai bukanlah satu kesalahan.

Susulan itu, pegawai bertindak memohon maaf dan menjelaskan ia hanya mahu menghentikan tingkah laku yang tidak bertamadun.

Pegawai turut menjelaskan gambar seperti itu akan dikaburkan pada masa akan datang.

Dua tahun lalu, China mempunyai 170 juta kamera litar tertutup (CCTV) dan keseluruhan 400 juta lagi dijangka siap dipasang menjelang hujung tahun ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: