Ganjaran RM12 juta untuk bunuh Trump

Ahmed Hamzeh
Ahmed Hamzeh
A
A
A

TEHERAN - Seorang ahli Parlimen Iran menawarkan ganjaran AS$3 juta (RM12 juta) kepada sesiapa yang membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

"Bagi pihak penduduk wilayah Kerman, kami akan membayar sebanyak itu jika anda berjaya berbuat demikian," lapor agensi berita ISNA semalam memetik kenyataan, Ahmad Hamzeh ketika beliau memaklumkan tentang perkara itu di hadapan 290 ahli Majlis.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada ganjaran tersebut ada mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi atau tidak.

"Jika kita mempunyai senjata nuklear, kita akan dilindungi daripada sebarang ancaman. Kita perlu meletakkan penghasilan misil jarak jauh dengan keupayaan membawa kepala peledak tidak konvensional dalam agenda negara ini. Ini adalah hak kita," katanya lagi.

Difahamkan, bandar Kerman di wilayah selatan ibu negara adalah bandar kelahiran komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron di Baghdad yang dilancarkan di bawah arahan Trump pada 3 Januari lalu.

Ketegangan terus meningkat di Asia Barat selepas insiden tersebut yang membawa kepada serangan balas dendam menyasarkan pangkalan tentera menempatkan pasukan AS di Iraq pada 8 Januari lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: