X

Kindly register in order to view this article
!

Olimpik Tokyo: Aeon Jepun mahu jual sushi diperakui

Aeon akan melancarkan barisan baharu makanan laut diperakui termasuk tiram yang diluluskan MSC. - Foto Agensi
A
A

TOKYO - Rangkaian pasar raya Jepun, Aeon, bakal menjual sushi diperakui pada tahun ini berikutan permintaan semakin yang meningkat untuk makanan laut mampan dan sebagai persediaan menerima lonjakan jumlah pelancong semasa Sukan Olimpik Tokyo.

Menurut badan penyelidik bebas, Euromonitor, Jepun adalah salah satu pengguna makanan laut terbesar di dunia dan makan kira-kira 33 kilogram (kg) per kapita berbanding hanya sekitar 5kg di Amerika Syarikat (AS).

Meskipun pengguna sering membayar harga yang mahal untuk produk makanan berkualiti tinggi, namun Jepun ketinggalan di belakang Eropah dan AS dalam mengamalkan dasar kebolehkesanan dan perikanan yang mampan.

"Kesedaran pengguna semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu. Buat masa ini, kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan produk makanan laut kami diperakui dan kami mahu menambahnya kepada 20 peratus.

"Kami mahu menjual sushi yang diperakui kepada pelawat yang datang ke Sukan Olimpik dan ia bakal dimulakan pada Jun depan," kata pengurus besar yang bertanggungjawab dalam merancang makanan laut Aeon, Kinzou Matsumoto.

Difahamkan, Aeon akan melancarkan barisan baharu makanan laut diperakui termasuk tiram yang diluluskan oleh Majlis Pengawasan Marin (MSC). - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!