X

Kindly register in order to view this article
!

4,971 kemalangan direkod dalam masa tiga hari

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,971 kes kemalangan yang melibatkan 7,480 kenderaan direkodkan dalam tempoh tiga hari Op Selamat 16 dilancarkan sejak 18 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias berkata, penunggang dan pembonceng motosikal catat kematian tertinggi iaitu sebanyak 28 kematian.

"Selangor dan Johor mencatat jumlah kematian paling ramai iaitu 10 orang diikuti Kedah seramai enam orang," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Menurutnya, sebanyak 70,804 saman dikeluarkan sepanjang tempoh itu.

"Statistik saman bagi enam kesalahan utama adalah sebanyak 43,174 bersamaan dengan 60.98 peratus daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya.

Katanya, enam kesalahan yang dikesan adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu melebihi had laju, memotong barisan Q dan tidak mematuhi lampu isyarat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!