X

Kindly register in order to view this article
!

'Tanpa bantuan kawan-kawan, saya mungkin bermalam di penjara'

Ahmad ketika ditemui di luar Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengucapkan terima kasih di atas bantuan rakan-rakannya mengumpul wang jaminan sebanyak RM500,000 hari ini.

Ahmad, 54, berkata, tanpa sokongan dan bantuan itu, beliau mungkin terpaksa bermalam di penjara.

“Saya tidak bersalah atas dakwaan yang dikenakan. Tanpa bantuan mereka (kawan-kawan), saya mungkin akan berada di penjara.

“Sebagaimana kenyataan sebelum ini, ada tangan ghaib atau tidak saya tetap dengan pendirian. Saya nafi pernah menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya di sini hari ini.

Ahmad ketika ditemui di luar Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad ketika ditemui di luar Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, peguamnya, Hamidi Mohd Noh berkata, pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan wang daripada dana 1MDB seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Sebaliknya beliau berkata, pendakwaan menyentuh kegagalan anak guamnya melunaskan cukai taksiran pada tahun 2013 lalu.

“Semua boleh nampak pertuduhan itu, tiada satu pun perkataan 1MDB disebut dalam mahkamah.

“Duit RM2 juta itu kononnya kerana tidak bayar cukai, kemudian timbul pula AMLATFPUAA,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Ahmad Maslan, Shahrir mengaku tak bersalah