Pemuda dipenjara guna MyKad palsu

Defu Sari dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan tidak sah.
Defu Sari dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan tidak sah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang pemuda dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan kad pengenalan tidak sah, September tahun lalu.

Dedi Sari Adnan, 29, didakwa melakukan kesalahan kira-kira 10.45 pagi di pekarangan Madrasah Al Salihin Kampung Bukit Punggur, Telok Mas apabila gagal menunjukkan kad pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan polis pada 12 September 2019.

Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan) 2007 yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Artikel Berkaitan: