Padah langgar lari, kontraktor ditahan polis

Noor Azam (tengah) menyaksikan upacara penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor daripada Superintenda Azman Ab Rahman (kiri) kepada Superintendan Arsad Kamaruddin (kanan) pada Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor hari ini. - Foto Bernama
Noor Azam (tengah) menyaksikan upacara penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor daripada Superintenda Azman Ab Rahman (kiri) kepada Superintendan Arsad Kamaruddin (kanan) pada Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Video 'dashcam' berdurasi 26 saat yang merakam trak pikap jenis Ford Ranger dipandu melulu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban arah pusat bandar sehingga melanggar sebuah motosikal di KM 298.2 membawa kepada penangkapan seorang kontraktor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di Shah Alam kira-kira jam 5 petang semalam berhubung kejadian langgar lari itu.

"Saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas daripada pengaruh dadah.

"”Suspek ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 11.41 pagi Ahad lalu, pemandu trak pikap itu telah mengubah haluan secara berbahaya dari lorong kanan hingga masuk ke laluan motosikal dan melanggar bahagian tepi motosikal menyebabkan penunggang jatuh di bahu jalan.

Kejadian yang tular di laman sosial itu menyebabkan penunggang motosikal itu cedera ringan di kaki serta kedua-dua belah tangan.

Dalam majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang baharu berkuatkuasa hari ini menggantikan Superintendan Azman Ab Rahman yang bersara wajib mulai hari ini.

Sementara itu, Arsad, 44, berkata, beliau akan meneruskan usaha menjaga keamanan dengan meningkatkan pencegahan dan pembanterasan kegiatan jenayah sekali gus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Selain memberi tumpuan terhadap usaha membanteras kegiatan pecah rumah dan kecurian motosikal, saya juga akan berusaha menyelesaikan kes-kes lain dalam usaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis,” katanya. - Bernama