X

Kindly register in order to view this article
!

Bilionair Jepun terima 20,000 permohonan calon teman wanita

Yusaku Maezawa
A
A

TOKYO - Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa telah menerima lebih 20,000 permohonan untuk menjadi teman wanitanya.

Perkara itu dikeluarkan oleh syarikat perkhidmatan penstriman AbemaTV.

Sebelum ini, Maezawa membuat pengumuman untuk mencari teman hidup dan dibawa bersama dalam ekspedisi mengelilingi bulan menerusi pesawat angkasa SpaceX milik hartawan Elon Musk.

Dalam laman web permohonan tersebut, calon-calon yang menyimpan harapan tinggi perlu melalui ‘ujian diagnostik’ iaitu mereka diuji sama ada mempunyai keserasian dengan Maezawa.

Antara soalan yang diberikan adalah, “Jika anda menaiki jet peribadi, ke mana anda hendak pergi?” dan “Jika Maezawa ‘melepaskan angin’ di hadapan anda, apa yang anda akan katakan?”

Calon-calon yang mengikuti ujian itu menerima pelbagai memek muka Maezawa, dari senyum hingga ke wajah sedih bergantung kepada jawapan yang diberikan.

AbemaTV, yang disokong agensi iklan dalam talian CyberAgent dan stesen penyiar TV Asahi, merupakan salah satu pengendali program realiti temu janji terkemuka.

Maezawa terlibat secara langsung dalam program realiti 'Full Moon Lovers' tersebut yang bertujuan menjana trafik media sosial seterusnya menyasarkan penonton daripada golongan muda untuk tidak menonton televisyen.

Beliau yang gemar membeli hasil seni mahal dijangka mengelilingi bulan pada tahun 2023 tetapi tidak mendarat di atasnya. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus