Tun M tiba untuk menghadap Sultan Johor

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri tiba di Istana Bukit Serene, sebentar tadi.
Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri tiba di Istana Bukit Serene, sebentar tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Istana Bukit Serene, di sini bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketibaan Dr Mahathir pada jam 3.57 petang dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan itu turut diiringan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Terdahulu, Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antrabangsa Senai (LTAS) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada jam 2.30 petang.

Pertemuan itu merupakan yang pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU14.

Bagaimanapun, agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan, namun difahamkan akan turut membincangkan mengenai beberapa perkara melibatkan kerajaan Pusat dan negeri.

Artikel Berkaitan: