Terengganu wujudkan zon selamat mandi di pantai

Dr Ahmad Samsuri (duduk dari kiri) bermesra dengan murid PASTI Bestari As-Siddiq selepas merasmikan Pasti itu hari ini.
Dr Ahmad Samsuri (duduk dari kiri) bermesra dengan murid PASTI Bestari As-Siddiq selepas merasmikan Pasti itu hari ini.
A
A
A

MARANG – Kerajaan Terengganu akan mewujudkan zon selamat yang dikhaskan untuk pengunjung mandi manda di beberapa lokasi pantai negeri ini bagi mengelak kejadian lemas berulang pada masa akan datang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, lingkungan zon selamat mandi yang sudah diwujudkan di kawasan rekreasi pantai Pulau Kekabu, di sini akan menjadi model pelaksanaan cadangan tersebut.

“Saya sudah berbincang dengan beberapa Exco untuk menyediakan tempat khusus sesuai untuk mandi manda dengan menyediakan jaring khas, bahan terapung sebagai halangan dan kita akan war-warkan tempat itu sebagai zon selamat.

“Perkara ini kita pertimbangkan secara serius kerana kalau kita tidak sediakan tempat sesuai, ini (kejadian lemas) boleh berlaku di mana-mana sepanjang pantai,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pasti Bestari As-Siddiq di Kijing hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan juga sudah berbincang dengan pasukan penyelamat pelbagai agensi sejak tahun lepas untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang 244 kilometer (km) pantai Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir dikenang sebagai 'hero'

Mayat terakhir ditemukan jam 3 petang tadi

Katanya, antara usaha yang telah dilaksanakan adalah meletakkan papan tanda amaran di lokasi bahaya dan menyediakan pasukan penyelamat terdiri daripada agensi penyelamat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.

Artikel Berkaitan:

“Pasukan ini ditempatkan di tempat-tempat tertentu yang menjadi tumpuan ramai seperti Pantai Batu Burok dan Pulau Kekabu kerana dengan keluasan pantai 244km, kita tidak mampu sediakan di semua tempat,” katanya.

Beliau turut menasihati pengunjung terutama pelancong luar supaya sentiasa berhati-hati, memastikan keselamatan diri dan individu di bawah jagaan masing-masing dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mandi di kawasan pantai.

“Perkara ini kita pertimbangkan secara serius kerana kalau kita tidak sediakan tempat sesuai, ini (kejadian lemas) boleh berlaku di mana-mana sepanjang pantai,” katanya.

“Suasana pantai di Pantai Timur terutama selepas musim tengkujuh ada berlaku perubahan struktur dasar pantai. Orang tempatan arif tentang perkara ini tapi masalahnya kunjungan orang luar bukan orang tempatan.

“Dia nampak laut itu cantik dan rasa mendatar sedangkan dia tidak tahu keadaan geografi dasar pantai, arusnya macam mana dan inilah yang terperangkap. Oleh itu kawalan diri masing-masing itu penting,” katanya.