Peruntuk bantuan untuk pembangunan sekolah: MB

Aminuddin mencuba menulis kaligrafi Cina selepas Majlis Perasmian Pertandingan Tulisan Kaligrafi Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, hari ini.
Aminuddin mencuba menulis kaligrafi Cina selepas Majlis Perasmian Pertandingan Tulisan Kaligrafi Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan komited menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah di negeri tersebut bagi menyokong aktiviti-aktiviti dan rancangan pembangunan sekolah.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, usaha itu akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada lebih banyak pelajar.

"Sejak Belanjawan Tahun 2019, kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan bantuan kepada sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), sekolah persendirian dan tahfiz dengan peruntukan RM3 juta.

"Dasar ini akan diteruskan dalam Belanjawan Tahun 2020," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pertandingan Tulisan Kaligrafi Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, penulisan kaligrafi Cina merupakan satu aktiviti seni bagi budaya masyarakat Cina yang sangat unik untuk menambah kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.

"Penulisan kaligrafi Cina ialah amalan menulis kata-kata positif yang mampu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri untuk mengamalkan amalan serta perbuatan yang baik.

"Kerajaan negeri sememangnya menyokong aktiviti kebudayaan yang sihat seperti ini kerana nilai murninya boleh diterapkan ke dalam minda," katanya.

Artikel Berkaitan: