Lima maut, 40 cedera bom tangan meletup di majlis perkahwinan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KHARTOUM - Sebutir bom tangan yang meletup di sebuah majlis perkahwinan pada Isnin di ibu kota Sudan telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini.

Insiden itu berlaku di kejiranan Shegla dalam daerah al-Haj Youssef susulan pergaduhan antara dua individu yang menyaksikan seorang daripadanya melempar sebutir bom tangan.

Sekurang-kurangnya 40 lagi cedera termasuk kanak-kanak.

Kementerian itu memaklumkan Anadolu bahawa mangsa telah dikejarkan ke beberapa hospital dan situasi tersebut sedang dipantau rapat. - Bernama

Artikel Berkaitan: