Polis cari lelaki ini

Individu ini merupakan saksi penting kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Individu ini merupakan saksi penting kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi penting untuk kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 3 dan 4 Februari ini.

Menurut kenyataan media, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof memaklumkan, lelaki tersebut dikenali sebagai Aryawar Perumal berusia 62 tahun, alamat terakhir di Taman Desa Batu Caves.

Ahmad Dzaffir berkata, lelaki berkenaan merupakan saksi kes polis berhubung penahanan sebuah kereta di hadapan pondok pengawal, Taman Damai Impian Ehsan Cheras, Kuala Lumpur pada jam 7.05 malam, 8 Mei 2017.

"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Amyriul Naufa Mohd Yusoff di talian 0111-0176104," katanya.

Artikel Berkaitan: