X

Kindly register in order to view this article
!

63 pelajar, dua guru di Pahang positif influenza

Dr Tajuddin Mohd Yunus
A
A

KUANTAN - Seramai 63 pelajar dan dua guru dari 42 sekolah di seluruh Pahang disahkan dijangkiti influenza setakat hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, daripada jumlah berkenaan, hanya seorang dijangkiti influenza B manakala selebihnya disahkan menghidap influenza A.

Menurutnya, Kuantan merupakan daerah paling ramai pelajar dijangkiti influenza iaitu 28 orang diikuti Cameron Highlands (8), Maran (8), Pekan (7), Temerloh (6), Bentong (4), Bera (2), Rompin dan Jerantut masing- masing seorang pelajar.

"Dua guru yang dijangkiti influenza adalah dari Pekan dan Cameron Highlands.

"Lapan pelajar dan seorang guru kini masih menerima rawatan di hospital manakala selebihnya dikuarantin di rumah masing- masing," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, peringatan mengenai wabak itu sentiasa diberikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sebagai langkah waspada dan berjaga-jaga.

Beliau turut menasihatkan guru-guru dan pelajar yang tidak sihat agar mendapat rawatan sewajarnya sebelum meneruskan sesi persekolahan.

"Ibu bapa juga diingatkan supaya kuarantin anak mereka yang tidak sihat di rumah bagi mencegah dan mengelakkan penyakit berkenaan merebak lebih meluas," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus