Pemandu parah tersepit nahas di NPE

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.
Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera parah dan tersepit setelah kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), di sini, tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 12.27 tengah malam.

Sepasukan sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Salmi Abdul Mukti berkata, pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga Flx telah terbabas dan terbalik.

"Ia mengakibatkan pemandu kereta itu tersepit di bahagian pemandu dan mengalami cedera parah," katanya melalui kenyataan media, tadi.

Salmi berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa berkenaan.

"Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: