X

Kindly register in order to view this article
!

Lumba haram Mercedes Benz: Tiga ditahan termasuk wanita

Dua kereta Mercedes Benz yang turut ditahan untuk siasatan lanjut.
A
A

KOTA BHARU - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes perlumbaan haram membabitkan dua kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning di Jalan Kubang Kerian-Pasir Hor di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kesemua mereka yang berusia 30-an itu ditahan antara jam 8 hingga 9 malam tadi.

“Wanita tersebut ditahan di rumahnya manakala dua lelaki terbabit pula hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu selepas dipanggil.

“Kesemua mereka yang bekerja sendiri dan kedua-dua kenderaan terbabit juga ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pihak polis yang giat mengesan pemandu kereta terbabit berjaya menahan tiga individu bagi membantu siasatan.
Pihak polis yang giat mengesan pemandu kereta terbabit berjaya menahan tiga individu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba atau menunjuk kejaguhan sehingga menyusahkan orang lain.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang tanpa kompromi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kesan pemandu Mercedes Benz kuning

Terdahulu, tular video berdurasi 2.28 saat memaparkan dua kereta Mercedes Benz bewarna kuning terbabit berlumba haram sehingga menyulitkan orang ramai kerana menyekat lalu lintas di Jalan Kubang Kerian menghala ke Pasir Hor.

Kejadian berlaku jam 2 pagi itu turut dikaitkan dengan ahli perniagaan kosmetik di Kelantan sebagai salah seorang daripada pemilik kereta mewah berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!