X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 70 banduan berbahaya lolos

Terowong yang digunakan banduan untuk melarikan diri dari penjara di Paraguay. - Foto AFP
A
A

ASUNCION - Lebih 70 banduan yang digambarkan sebagai sangat bahaya meloloskan diri dari sebuah penjara di Paraguay selepas menggali sebuah terowong dalam operasi yang dipercayai mendapat kerjasama dengan pegawai penjara.

Susulan itu, Menteri Kehakiman, Cecilia Perez berkata, pengarah penjara di bandar Pedro Juan Caballero berhampiran sempadan Brazil dipecat bersama enam pegawai penjara lain.

"Ia adalah operasi yang mengambil masa beberapa hari dan mustahil pegawai tidak menyedari mereka cuba untuk lari," katanya tidak menolak kemungkinan pegawai yang terlibat telah diberi rasuah.

Menurut kerajaan Paraguay, banduan yang lolos berjumlah 76 orang termasuk 40 rakyat Brazil dan 36 warga tempatan serta membabitkan anggota kumpulan jenayah paling berkuasa di Brasilia, First Capital Command (PCC).

Difahamkan, banduan melarikan diri dari bilik air penjara dan jarak antara terowong dan pondok pengawal terdekat hanya 25 meter.

Selain ratusan beg pasir, pihak berkuasa turut menemukan lima van yang hangus dibakar di bandar Ponta Pora yang digunakan untuk lolos.

Sementara itu jurucakap polis, Elena Andrada memberitahu, banduan menggali terowong yang lengkap dengan pencahayaan dalaman seperti biasa dilihat dalam filem. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!