SPRM cari Mazlan, Syed Haidil

Mazlan dan Syed Haidil
Mazlan dan Syed Haidil
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencari dua lelaki bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah yang dikendalikan agensi berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SPRM Sabah mencari Mazlan Mohamed Lazim, 63, beralamat terakhir di TB 6266 Lorong 10, Taman Hot Spring Jaya di Tawau dan Kampung Bubul Lama, Jalan Kabogan di Semporna.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mazlan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Ikhwan Zaudii Nordin di talian 088-488381 atau 012-9560560," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM Sarawak sedang mengesan Syed Haidil Syed Ahmad, 37, beralamat terakhir di No 18, Jalan Nanas Barat Ulu, Kuching bagi membantu siasatan juga berkaitan kes rasuah.

"Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Syed Haidil diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Muhamad Shukri Shaharudin di talian 082-467701 atau 011-37606308,” katanya.

Artikel Berkaitan: