Lima maut air mendidih banjiri hotel bawah tanah di Rusia

Wap panas keluar melalui pintu hotel selepas paip air panas meletup. - Foto Agensi
Wap panas keluar melalui pintu hotel selepas paip air panas meletup. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh selepas sebuah paip air panas meletup dan membanjiri bilik hotel bawah tanah dengan air mendidih dalam kejadian di bandar Perm, Rusia hari ini.

Menurut jawatankuasa penyiasatan wilayah, insiden yang berlaku di Mini Hotel Caramel, terletak di bawah tanah bangunan kediaman turut menyebabkan sekurang-kurangnya tiga lagi dibawa ke hospital akibat melecur.

Doktor yang merawat mangsa memberitahu, seorang wanita dikenali sebagai Andrei Babikov, 33, melecur 35 peratus pada badan manakala dua lelaki berusia 28 dan 25 tahun mengalami cedera ringan.

Susulan itu, Gabenor Perm, Maxim Reshetnikov berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan yang diperlukan dengan penguatkuasaan dan pemantauan undang-undang.

Difahamkan, penyiasat membuka siasatan jenayah bagi menentukan sama ada kematian adalah akibat kecuaian.

Agensi berita RIA memetik sumber perkhidmatan kecemasan melaporkan, paip pemanas tersebut telah digunakan sejak 1962 dan pernah mengalami kerosakan beberapa kali.

"Tiada mangsa cedera dalam letupan terdahulu. Ia tidak diganti, hanya dibaiki," kata sumber. - Agensi

Artikel Berkaitan: