Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

Gambar hiasan. Foto: Bernama
Gambar hiasan. Foto: Bernama
A
A
A

GEORGETOWN - Dua kelas di Pulau Pinang ditutup selepas beberapa murid dijangkiti influenza.

Ia melibatkan sebuah kelas Tahun Dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chee di Sungai Dua, Butterworth yang ditutup bermula hari ini hingga Ahad

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata, empat murid di dalam kelas itu dijangkiti influenza.

Menurutnya, satu lagi melibatkan kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Kepala Batas yang ditutup Jumaat lepas dan dijangka dibuka pada Khamis ini.

Beliau turut memaklumkan dua kelas Tahun Dua di SJKC Li Hwa yang ditutup sejak 8 Januari dibuka semula hari ini.

“Sehingga hari ini seramai 226 murid membabitkan 110 sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang dijangkiti influenza berbanding 198 kes dari 96 sekolah Jumaat lalu,” katanya kepada Bernama.

Katanya, seramai tujuh guru wanita daripada beberapa sekolah turut dijangkiti influenza.

Artikel Berkaitan: