2,267 murid terpilih dalam program RMT

Salmee (dua,kanan) menyantuni seorang pelajar yang terpilih mengikuti program perluasan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bermula hari ini.
Salmee (dua,kanan) menyantuni seorang pelajar yang terpilih mengikuti program perluasan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bermula hari ini.
A
A
A

AYER HITAM - Seramai 2,267 murid dari lapan sekolah di Kedah terpilih bagi mengikuti program penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bermula hari ini.

Exco Pendidikan negeri, Dr Salmee Said berkata, antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang, SK Jeneri, SK Kampung Berlukar, SK Lanai, SK Ayer Hitam, SK Kampung Bukit, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Henrietta.

Katanya, murid yang terpilih terdiri daripada golongan berpendapatan RM960 atau perkapita RM244

"Kadar pembiayaan setiap murid ialah sebanyak RM2.50 dan bagi sesi pagi bermula pada jam 7 pagi hingga 7.30 pagi manakala sesi petang dari jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang," katanya ketika tinjauan di SK Ayer Hitam hari ini.

Menurutnya, menu bagi program ini ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada murid terbabit.

Salmee (dua,kanan) menyantuni seorang pelajar yang terpilih mengikuti program perluasan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bermula hari ini.
Salmee (dua,kanan) menyantuni seorang pelajar yang terpilih mengikuti program perluasan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bermula hari ini.

"Alhamdulillah, saya lihat hari ini mereka boleh terima program yang kerajaan laksanakan ini.

"Secara tidak langsung kita dapat membantu ibu bapa mengurangkan beban belanja sekolah anak-anak selain membantu meningkatkan prestasi murid dalam kelas," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 4,000 murid terpilih sertai program RMT bermula hari ini

Sementara itu, seorang ibu, Zainab Ahad, 40, bersyukur kerana dua anaknya, Mohamad Assollah Khairul Anuar,8, dan Mohamad Fitri Khairul Anuar, 7, terpilih menyertai program berkenaan.

"Alhamdulillah, saya terharu apabila mendapat tahu mereka terpilih menerima sarapan percuma ini. Sebelum ini mereka makan biskut sahaja sebelum ke sekolah.

"Jadi hari ini saya hantar anak-anak lebih awal dari kebiasaannya supaya mereka boleh makan sebelum masuk ke kelas.

"Bila dah dapat makan percuma ni, duit saku ke sekolah pun saya kurangkan kepada RM1 seorang," katanya.